Facebook  Twitter  Instagram

October 10 Days Challenge - Day 6

Day 6 - 10 Things That You Wanna Buy

Assalamualaikum. Hmm berbicara tentang benda yang aku teringin nak beli banyak sebenarnya. Korang pun aku rasa macam tu jugak. Tak payah tipu lah, mesti banyak benda korang teringin nak beli jugak kan? Kan? Kan? Dibawah adalah senarai benda yang aku teringinnnnnnn sangat nak beli, tapi hanya bertulis lah, takda gambar. Hehe

So benda pertama yang aku teringin nak beli sudah pasti, rumah sendiri. Tapi macam susah nak tercapai je. But anyway, tiada yang mustahil. Then of course lah memiliki kereta sendiri, memandangkan motorsikal sendiri aku dah ada dah. Kena menabung lah sikit untuk down payment kan?

Ketiga, seperti yang korang tau, aku ni suka masak dan minat sangat bab masak ni. So teringin lah jugak memiliki mixer sendiri. Memudahkan kerja membuat pastri. Hehe. Kemudian, nak beli cermin mata untuk diri aku sendiri. Cermin mata rabun tau bukan yang stylo punya. Ha yang ni pun belum terbeli dari dulu lagi. Ada je yang melintang di depan time aku berhasrat nak beli.

Then aku nak beli kucing! Aku ni memang pencinta setia kucing. Minat sangat. Lagi-lagi yang gebu gebas. Gerammmmm kau! Hmm apa lagi eh? Ha ok aku nak beli pakaian bersaiz kecik! Tapi yang ni mungkin lepas aku kurus nanti kot! Doakan aku eh!

Seterusnya, teringin nak beli TV flat screen. Ha baru syok tengok cerita tembak-tembak dengan cerita hantu! Pastu, kalau ada rezeki, nak belikan set home theater. Hiks hiks. Juga, aku nak beli set barang dapur, kegunaan untuk memasak. Fuh memang obses gila dengan masakan kan? Haha. Last but not least, benda ni memang teringin nak beli sangat-sangat, apakan daya tak dapat dibeli dengan wang ringgit, kebahagiaan! Haih.

Ha rasanya dah cukup 10. Hek hek. Oklah itu je yang aku nak senaraikan. Kalau dapat, memang nak senaraikan semua selagi ada dalam kepala otak ni. Haha.