Facebook  Twitter  Instagram

I'm Back!

Assalamualaikum korang. Macam mana dengan perayaan Hari Raya Aidiladha korang? Seronok tak? Ada yang balik ke kampung halaman? Aku tahun ni sambut dengan keluarga makcik aku je. Keluarga aku tak sambut pun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

So aku pasti perayaan korang disambut dengan meriah disamping keluarga kan.. ada yang masih bercuti ke buat masa ni? Sapa yang taknak cuti kan.. Aku pun dah cuti awal dari blogging la. Haha. Mesti korang rindu aku kan. Ecececeh..aku tau korang rindu! Mode perasan kejap. Heee..

Aku bukan apa tak berblogging beberapa hari ni, aku rasa terkilan dengan sesetengah "blogger" yang hmmm nak cakap macam mana eh. Well aku takdalah nak marah ke apa ke kan, cuma rasa mcam tak kena pada tempat je. Anyway, blog is public kan, so hak masing-masing.

Tapi janganlah sampai mengambil kesempatan terhadap rakan blogger. Kalau minta cara elok, aku ok je. Takda hal punya. Tapi dengan cara macam tu, ia seolah-olah penyelewengan terhadap aku dan juga blog aku. Wah ayat bukan main lagi.. Aku taknak la mention kan, nanti boleh menyinggung perasaan. Apa pun, kalau nak aku tolong "click", bagi tahu directly. Sebab ruangan Cbox aku adalah untuk aku blogwalking ye. Harap memahami.

Sekali lagi, aku tak marah. Jangan pulak ada yang berdendam pulak dengan aku. Takmo lah ek. Aku cuma terkilan dengan sikap yang macam tu. Aku disini nak buat kawan, bukan lawan tau. Happy blogging korang. Chow~