Facebook  Twitter  Instagram

KLMJ: Zaman Persekolahan

Assalamualaikum semua. Selamat pagi buat korang semua. Tiba-tiba up entri yang tak semena-mena pulak pagi ni. Haih aku rindu pulak dengan zaman aku semasa masih bergelar seorang pelajar.




Aku ni dulu bukanlah pelajar yang baik, mahupun pelajar yang pintar. Akan tetapi, keputusan SPM tak mengecewakan walaupun lebih banyak menghabiskan masa bermain daripada belajar. Rasanya, masa SPM pun study last minit.

Bila dulu sebagai pelajar, tak sabar je nak menghabiskan zaman persekolahan. Korang pun macam tu kan? Bila dah bergelar pekerja atau bekas pelajar ni, rindu terhadap sekolah dan suasana persekolahan menebal pulak.

Alangkah gembira bila pergi sekolah dapat jumpa kawan-kawan, berborak dengan kawan, bergurau senda, makan minum bersama, belajar bersama. Betapa aku rindukan suasana itu. Ditambah pula dengan rindu guru-guru yang sentiasa menjadi guru kegemaran dan juga guru yang tak disukai ramai.

Kalaulah masa boleh diputar semula, ingin aku balik semula dan habiskan masa dengan belajar. Rasa macam taknak membesar pulak. Hahaha! Banyak kenangan manis dan pahit yang aku tak dapat lupakan. Dari aku dihukum gara-gara tak siapkan kerja sekolah, tak bawak buku ke sekolah dan gagal ujian sekolah hinggalah kenangan manis dimana aku dapat menimba ilmu , bertemu ramai kawan dan guru.

Oh alangkah itu semua boleh diulang semula! Huhu tiba-tiba sedih pulak. Haih emotional sungguh pulak aku ni. Korang pulak macam mana? Rindu tak kat sekolah dan zaman persekolahan korang? Cuba ceritakan apa yang best dan tak best masa bergelar seorang pelajar dulu dan kenangan yang paling korang tak dapat lupakan masa bergelar pelajar. Meh lah share dengan aku, nak jugak dengar cerita menarik dari korang.

No comments:

Post a Comment

Dah baca, feel free to comment !