Facebook  Twitter  Instagram

No Bake - Oreo Cheesecake With Just 3 Ingredients

Assalamualaikum korang.. salam hari Jumaat penghulu segala hari. Heeee lama dah actually mengidam nak makan cheesecake ni. Ha hari ni terlebih rajin, aku keluar ke mall dan beli 3 jenis barang je untuk buat cheesecake aku yang begitu mudah, begitu lazat, begitu ummphhh! Ha baru baca je korang mesti dah terliur bukan? keh keh keh..

Inilah dia bahan-bahan yang aku pakai, hanya 3 bahan

Proses membuat cheesecake ini juga sangat mudah.. tidak memerlukan masa yang lama atau menggunakan tenaga yang banyak. Korang boleh tengok dibawah, hasilnya tadi tetapi belum beku. Kena tunggu 4 jam at least, dalam peti sejuk.

Sesi mencuba, jadi aku buat satu container sahaja.

Kalau korang berminat nak mencuba resepi aku ni, aku akan share untuk korang di bawah, cara-cara dan bahan-bahan yang korang perlukan.

Bahan-bahan

- Cream cheese Philadelphia 250g (ikut suka brand apa korang nak)
- Susu pekat / condensed milk
- Oreo

Cara-cara

- Hancurkan oreo untuk dijadikan bahan "base" untuk cheesecake korang. Guna la seberapa banyak mengikut kuantiti yang korang nak.

- Kemudian adunkan cream cheese korang bersama dengan susu pekat tadi. Kemanisan cheesecake terpulang dengsn citarasa lidah masing-masing. Aku pakai 1/4 daripada susu pekat tin sederhana besar. Kalau saiz kecik, tuanglah separuh. Korang boleh guna whisking machine atau secara manual guna tangan.

- Lepas dah siap, masukkan ke dalam bekas yang berisi oreo tadi sebagai base nya. Kalau nak lapiskan lagi oreo setelah lapisan cheese tadi, itu terpulang mengikut kehendak korang sendiri. Setelah siap, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan membeku selama lebih kurang 4 jam. Atau dengan kata lain, biarkan sampai membeku.

Selamat mencuba! Ringkas! Sedap! Lazat!


4 comments:

  1. Rasa bangga plak sebab wa teka betul.. wuahahaaha

    ReplyDelete
  2. wah2xx......bestnya....follow sini..salam kenal
    http://duniakita94.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEst..dah habis pun..hehe. salam kenal dan thanks sudi follow..

      Delete

Dah baca, feel free to comment !