Assalamualaikum semua. Maaf lambat post entri hari ke-8. Agak sibuk dengan blogwalking bersempena dengan giveaway pertama aku.
So here goes nothing. I'll try to answer as simple as I could. Tenpat yang menjadi impian semua orang begitu juga aku, adalah Kota Mekah. Kalau ada rezeki memang nak ke sana.
Selain tu, Korea juga merupakan impian aku. Tempat-tempat menarik banyak terdapat di Korea. Tapi bukan disebabkan aku suka cerita, rancangan, orangnya atau apa-apa lah, tapi disebabkan alam semula jadi Korea yang cantik.
Then, aku nak pergi ke Paris! The city of love gitu..Sapa-sapa pun memang teringin nak ke Paris. Lagi-lagi yang minat shopping. Teringin jugak nak bergambar di Eiffel Tower.
England, di Manchester United. Memang teringin jugak nak pergi sebab minat dengan pasukan bolasepak Manchester United. Hehe
Then Australia. Aku teringin nak ke Tazmania. Disana terdapat segala jenis tanaman paling fresh di dunia.
Pastu, aku teringin nak ke Greece. Terdapat kota-kota lama untuk dilawati. Tambahan pula kota Greece berdepan dengan laut yang kebiruan.
Then of course nak ke New Zealand. Rumah-rumah atas bukit, dan pemandangan kawasan bukitnya yang menghijau sungguh menarik perhatian aku.
Japan, memang aku salute mereka. Sebelum terbit matahari mereka dah pergi kerja, balik pula lepas terbenam matahari. Sangat berdisiplin dan peramah.
Then aku teringin ke Big Apple City, iaitu New York. Nak pergi ke Times Square shopping. LoL. Ada beberapa kenalan disana, siapa tahu satu hari boleh berkunjung dan jumpa mereka.
Last but not least, nak pergi ke Phi Phi Island di Thailand. Pemandangan yang sangat indah. Paradise gitu. So inilah dia tempat-tempat yang ingin aku pergi. Korang pulak?
No comments:
Post a Comment
Dah baca, feel free to comment !